Reka bentuk masjid ini begitu menarik.Pelannya telah dirangka dan merupakan idea Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu,Arthur Bension Hubback dan dipertanggungjawabkan kepada W.S.Huxley.
Masjid ini juga kelihatan berbentuk oktagon
dan ianya mempunyai 4 buah menara setinggi 126 Kaki serta ianya dikelilingi oleh kubah-kubah di
bahagian dalam di mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran
sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini
juga menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang telah dibawa khas dari
Itali.
Bentuk dinding masjid ini juga menunjukkan sebuah bangunan berkubah induk
besar ditengahnya .Disekililingnya pula, terdapat empat buah anjung yang
mengandungi sebuah kubah pada setiap pertengahan anjung ,lapan
buah menara induk dan enam belas menara apit .
Jumlah kubah dan menara di
ambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang
Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan
ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan ianya dilingkungi oleh serambi utama
selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk
mengambil air sembahyang juga dibina dan ianya terletak di sisi timur serambi tersebut.
Masjid Ubudiah ini juga mempunyai ruang solat yang luas dan diperindahi dengan cahaya lampu yang menyinari di setiap ruang. Tambahan pula, Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan beberapa kubah kecil yang
berwarna keemasan yang memang cukup menarik.
Ruang solatnya juga turut
dilengkapi dengan alat penghawa dingin bagi menambahkan keselesaan kepada
muslimin dan muslimah yang berkunjung dan beribadah disana . Cahaya lampu
disetiap ruang telah menambahkan keceriaan kepada ruang solat ini. Selain itu,
karpet yang digunakan sebagai pelapik lantai ini cukup selesa.
Tiang ruang mimbar juga diperbuat
daripada batu marmar yang berwarna coklat manakala dindingnya juga mempunyai
reka bentuk yang melambangkan agama Islam.
Di ruangan dalaman mimbar juga terdapat hiasan lampu dan dinding yang pelbagai warna manakala
mimbarnya dibuat daripada kayu bermutu berukiran warisan
tradisional Kesultanan Melayu dahulu .
Jika diperhatikan , pada bahagian atas mimbar ini pula, terdapat sebuah lampu kristal yang memenuhi ruangan tengah masjid diikuti beberapa lampu kecil. Di bahagian silingnya pula dihiasi dengan kalimah nama Allah dan ukiran siling kapur yang begitu unik.
Ruang letak kereta juga dibina luas bagi memudahkan orang ramai berkunjung ke Masjid Ubudiah. Ruang letak kereta ini juga dijadikan persinggahan dan tempat untuk berehat bagi para pengunjung selain melawat dan beribadah di masjid ini .
Di bahagian hadapan masjid pula, dibina sebuah kolam yang dilengkapi air pancut yang memberikan kedamaian kepada pengunjung. Di bahagian luar masjid yang menelan belanja kira-kira RM2.9 juta itu dihiasi batu marmar air yang bersih dan bercahaya .
Di
bahagian luar pagar masjid pula, masjid ini dihiasi tumbuh-tumbuhan
hijau sepanjang laluan pejalan kaki manakala papan tanda pula dibuat
dengan batu marmar dengan tulisan yang menarik.
Reka bentuk pagar yang berkonsepkan ala istana dengan menggunakan cat berwarna putih dan besinya dicat warna keemasan serta hitam. Rumput hiasan ditanam di beberapa bahagian luar masjid serta pokok pinang.
Reka bentuk pagar yang berkonsepkan ala istana dengan menggunakan cat berwarna putih dan besinya dicat warna keemasan serta hitam. Rumput hiasan ditanam di beberapa bahagian luar masjid serta pokok pinang.
Menarik sekali teknik penatarannya.....maklumat yang baik utk dikongsi..
ReplyDelete